Mufti Wilayah kritik pemboikot, ‘Jangan melampaui batas akhlak dan bertindak mengikut undang-undang’

 Jangan melampaui batas akhlak dan bertindak mengikut undang-undang dalam memboikot barangan dikaitkan dengan Israel, pesan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah.

Katanya, boikot adalah pilihan setiap pengguna dan ia tidak boleh dipaksa kerana masing-masing ada perkiraan berasaskan penilaian serta pembacaan terhadap maklumat dan fakta.

“Masyarakat dinasihatkan menjaga akhlak dan adab dalam semua tindakan,” katanya kepada FMT.



Beliau mengulas beberapa video dan hantaran tular yang melabel individu membeli makanan di rangkaian restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald’s sebagai “anjing”.

Video dikongsikan di media sosial itu menunjukkan orang ramai “menyerbu” premis berkenaan pada sambutan Aidilfitri lalu.

Selain itu, berlaku provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan, dan lima suspek ditahan sehingga kini berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Luqman berkata sikap melampau dalam apa-apa tindakan adalah bertentangan hukum Islam.



“Bertindaklah dalam ruang undang-undang, bukan dengan melampaui batas akhlak,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker