Kes tembak KLIA: Suspek akan beri kerjasama kepada polis

Kes tembak KLIA: Suspek akan beri kerjasama kepada polis

Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyatakan komitmennya untuk memberi kerjasama kepada pihak polis.

“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini.



Lelaki berusia 38 tahun itu kelihatan tenang dan turut memberi salam kepada pengamal media.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Dia direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Semalam suspek yang dikenali sebagai Hafizul Hawari, ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu, jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.



Terdahulu dia disyaki melepaskan dua das tembakan di dipercayai disasarkan untuk isterinya yang juga seorang pengendali umrah.

Bagaimanapun tembakan tersebut terkena salah seorang daripada dua pengawal peribadi wanita terbabit. MK

Kes tembak KLIA: Suspek akan beri kerjasama kepada polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker