Kenali Lawrence Wong, bakal PM Singapura

Kenali Lawrence Wong, bakal PM Singapura

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sedang bersiap sedia untuk menerajui kerajaan bermula 15 Mei ini.

The Straits Times menghimpunkan tujuh perkara mengenai pemimpin berusia 51 tahun itu.



1. Mengetuai Forward Singaepor

Dilancarkan Wong pada 2022, program libat urus Forward Singapore menyaksikan pemimpin Parti Tindakan Rakyat generasi keempat (4G) kerap mengadakan dialog dengan rakyat Singapura untuk mendengar kebimbangan dan keperluan mereka ketika pasukan itu bekerja mengadakan pelan hala tuju masa depan Singapura.

Laporan setebal 180 halaman yang dikeluarkan pada Oktober 2023 mencatatkan laluan untuk menjadikan Singapura lebih bertenaga dan inklusif, adil dan berkembang maju serta berdaya tahan dan bersatu.

2. Menjadi bakal Perdana Menteri



Pada April 2022, Wong yang ketika itu Menteri Kewangan, dipilih sebagai ketua pasukan 4G PAP oleh rakan parti, membuka jalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri Singapura yang seterusnya.

Ia selepas Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat, yang sebelum itu dipilih sebagai ketua pasukan 4G, mengumumkan akan berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin lebih muda pada 2021.

3. Pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai kementerian mengenai COVID-19

Pada 2020, Menteri Kesihatan ketika itu, Gan Kim Yong mahu mewujudkan satu kumpulan bagi mengetuai perjuangan Singapura menentang wabak yang baru muncul.



Wong adalah pilihannya untuk mempengerusikan kumpulan itu secara bersama, dalam apa yang akhirnya akan menjadi pasukan petugas pelbagai kementerian mengenai COVID-19.

4. Membentang Bajet

Sejak memegang jawatan Menteri Kewangan pada Mei 2021, Wong membentangkan tiga bajet, setiap satunya tidak dapat dilupakan dengan cara yang tersendiri.

Bajet 2022 termasuk beberapa langkah cukai progresif yang bertujuan bukan saja untuk menjana pendapatan bagi membiayai program utama yang diperlukan pada tahun akan datang, tetapi juga untuk menangani ketidaksamaan sosial.



5. Terkenal dengan kerja dasar yang kukuh dalam perkhidmatan awam

Sebelum menceburi bidang politik pada 2011, Wong bertugas dalam perkhidmatan awam selama 14 tahun, dengan berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan selepas pulang daripada pengajian di luar negara.

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang ekonomi, masing-masing dari University of Wisconsin-Madison dan University of Michigan-Ann Arbor serta ijazah sarjana dalam pentadbiran awam dari Harvard Kennedy School.

Sebagai penjawat awam, beliau terkenal dengan kerja dasar yang kukuh dan pemahaman ekonomi.



6. Hobi bermain gitar hingga menunggang motosikal

Minat Wong terhadap muzik bukan lagi rahsia dan dan alat muzik kegemarannya ialah gitar.

Bagaimanapun, orang ramai masih terkejut apabila terjumpa klip video beliau memainkan lagu malar segar, daripada genre rock, blues dan soul seperti klip pada Disember 2022, yang mempamerkan permainan gitar solo Chuck Berry dalam lagu Johnny B Goode.

7. Budak Marine Parade



Wong dibesarkan di kawasan Lembaga Perumahan Marine Parade, di mana beliau bersekolah di tadika Yayasan Komuniti PAP sebelum ke Sekolah Rendah Haig Boys, di mana ibunya ialah seorang guru.

Lebih gemar membaca buku berbanding bersukan, beliau akan duduk lama di perpustakaan Marine Parade untuk meminjam buku mengenai fiksyen sains dan gitar. BH

Kenali Lawrence Wong, bakal PM Singapura

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker