Rosyam Nor anjur pertandingan azan, tawar hadiah RM110,000

Rosyam Nor anjur pertandingan azan, tawar hadiah RM110,000

Menawarkan hadiah bernilai RM110,000, umat Islam dicabar menyertai pertandingan azan secara dalam talian menerusi program Muazin terbitan syarikat milik Datuk Rosyam Nor, Suhan Channel.

Rosyam berkata, inisiatif yang julung kali diadakan secara maya itu adalah bagi meraikan keindahan, kesenian dan kepentingan azan selaku panggilan mengerjakan solat.



“Saluran YouTube Suhan Channel berbesar hati berpeluang menyemarakkan keindahan laungan azan menerusi pertandingan yang dibuka kepada ramai secara online.

“Ini juga peluang kepada masyarakat melihat peserta menggunakan kaedah berbeza dalam mengalunkan suara mereka menyampaikan azan.

“Jadi saya mempelawa semua umat Islam yang gemar menggunakan sosial media untuk menyahut cabaran ini, sekali gus menonjolkan bakat kecemerlangan azan anda,” katanya.

Katanya lagi, pertandingan diadakan menerusi platform media sosial itu menyaksikan peserta perlu memuat naik video laungan azan dalam TikTok, Facebook atau Instagram.



Penyertaan Muazin bermula dari 7 hingga 26 Julai ini dengan menawarkan hadiah berjumlah RM110,000 berupa wang tunai, trofi, pakej mengerjakan umrah, hamper dan sejadah.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak, manakala prestasi dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan.

Barisan panel juri pula terdiri daripada ustaz bertauliah dalam bidang taranum dan tajwid seperti Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad dan Ustaz Amir Rahman Abas.

Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan menerusi www.suhanchannel.com. K Online



Rosyam Nor anjur pertandingan azan, tawar hadiah RM110,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf



Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi

Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun



Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker