Gelombang Omicron tak halang orang ramai serbu pawagam

Gelombang Omicron tak halang orang ramai serbu pawagam

Biarpun dilanda gelombang varian Omicron yang menyebabkan peningkatan jumlah kes Covid-19, namun ia tidak menghalang orang ramai daripada terus mengunjungi pawagam.

“Ketika cuti Tahun Baharu Cina, kita melihat kehadiran penonton meningkat 50% berbanding minggu terakhir pada Januari,” kata Setiausaha Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) Sisubalan Ehambaram kepada FMT.



Katanya, di Amerika Syarikat (AS) sebilangan besar peminat filem mula kembali ke pawagam biarpun varian Omicron semakin menular.

Beliau memetik laporan yang menyebut semua tiket habis terjual di lebih 350 pawagamnya untuk tayangan pembukaan filem “The Batman” pada awal Mac.

“Kita juga melihat trend sama di Malaysia pada Disember dengan rekod kehadiran di pawagam kami untuk filem ‘No Way Home’, iaitu filem Spiderman,” katanya.

“Kita menjangkakan situasi yang sama dalam tempoh beberapa bulan akan datang kerana semua telah belajar untuk hidup bersama Covid-19.”



Negara menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak 6 Feb lepas. Dalam tempoh beberapa hari lalu, lebih 20,000 kes baharu dilaporkan setiap hari.

Sisubalan berkata, pengendali pawagam mengambil serius langkah bagi memastikan semua penonton berasa selamat dan selesa di premis mereka.

“Semua prosedur operasi standard (SOP) seperti memeriksa sijil vaksinasi di pintu masuk, tempat duduk dengan penjarakan sosial, transaksi tanpa tunai dan sanitasi di kawasan umum dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Manakala itu, jurucakap MBO Cinema Sdn Bhd berkata, syarikatnya menyaksikan penurunan kehadiran penonton hampir 70% bulan ini apabila bilangan kes mula meningkat.



Bagaimanapun katanya, tidak ada filem pecah panggung yang ditayangkan ketika waktu itu.

Katanya, beliau yakin penonton akan kembali ke pawagam susulan beberapa filem yang bakal ditayangkan nanti. FMT

Gelombang Omicron tak halang orang ramai serbu pawagam


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker