Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

Pendakwah terkenal Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual, hari ini.

Ebit, 37, tiba di pekarangan mahkamah litar di Pejabat Daerah Tenom dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire diiringi beberapa individu yang dipercayai pembantunya, kira-kira 9 pagi tadi.



Pejabat Daerah itu dikawal ketat oleh anggota polis sejak berita mengenai pendakwah yang bakal didakwa tersebar sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan turut dijangka mengadakan sidang media selepas selesai prosiding mahkamah terhadap Ebit.

Pada 29 Disember lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan Ebit sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Sebelum ini, polis menyiasat Ebit mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, susulan laporan beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.



Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan beliau yang disifatkannya berunsur fitnah kejam terhadap dirinya. FMT

Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker