Annuar Musa tak puas hati MP pembangkang sokong Kerajaan

PETALING JAYA: Menganjurkan wakil rakyat membelakangkan parti dan menyokong pemimpin parti lawan boleh menyebabkan jatuhnya sesebuah kerajaan, kata pemimpin baharu PAS, Annuar Musa.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu malah menyifatkan situasi sebegitu sebagai “melompat tanpa lompat parti”, dan memberi amaran menerima tindakan sebegitu bakal “memakan diri” suatu hari nanti.

“Apa kata sekiranya selepas ini ramai Ahli Parlimen mengambil sikap yang sama, tidak lagi menyokong penyandang dan memilih pula perdana menteri ke-11 tanpa mengikut pendirian parti?



“Ia bukan lagi sesuatu yg mustahil kan?” kata Annuar di Facebook, sambil menambah kerajaan menjadi pemangkin dan penganjur “melompat tanpa lompat parti” akan memakan diri sendiri

Kata bekas Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, jelas undang-undang antilompat parti gagal mengekang perbuatan “lompat-melompat”.

Sehingga kini seramai empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli).

Zahari berkata, beliau mahu memastikan rakyat Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan daripada kerajaan pusat.



Sebelum itu, Suhaili memaklumkan sudah menerima peruntukan bagi kawasannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker