8 Adun BN, 2 PH dilantik timbalan exco Melaka

8 Adun BN, 2 PH dilantik timbalan exco Melaka

Melaka melantik 10 timbalan exco bagi lengkapkan barisan pentadbiran kerajaan negeri itu, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, lapan Adun Barisan Nasional (BN), dua Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai timbalan exco dengan kombinasi muka baharu dan lama.



Lapan Adun BN itu terdiri daripada Khaidhirah Abu Zahar (timbalan exco bagi portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET); Zulkifli Mohd (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana); Zaidi Attan (Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya); Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital).

Siti Faizah Abd Azis dilantik timbalan exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan; Zahari Abd Khalil (Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan); Rosli Abdullah (Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama) dan Tuminah Kadi(Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna).

Dua timbalan exco dari PH pula ialah Low Chee Leong (Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan Leng Chau Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).

Rauf kelmarin mengumumkan kerajaan negeri membuat keputusan mewujudkan semula jawatan timbalan exco selepas dimansuhkan pada 2018 ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).



Katanya, jawatan tersebut bakal diisi oleh Adun kerajaan termasuk daripada PH. FMT

8 Adun BN, 2 PH dilantik timbalan exco Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker