Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung

Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid berkongsi kebahagiaan menerima menantu sulung, hari ini.

Menerusi kemas kini di Instagram, Sheila memuat naik beberapa keping gambar dan video majlis pernikahan anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz dengan Nik Nuralia, yang berlangsung di ibu negara, pagi tadi.



Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Disember 2020.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan beberapa kali, malah pasangan itu juga diduga apabila disahkan positif COVID-19 baru-baru ini.

Majlis pernikahan berlangsung sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

Megat merupakan anak kedua Sheila daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit, Roslan Aziz.

View this post on Instagram



A post shared by missmajid (@missmajid)

Perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim (atau lebih popular dengan panggilan Acis), mereka dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.-AA

Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker