Sarawak akan tukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier

Sarawak akan tukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier

Gelaran Ketua Menteri Sarawak akan dikenali sebagai “Premier”, sekiranya pindaan Perlembagaan negeri diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata gelaran Ketua Menteri atau “Chief Minister” akan ditukar kepada “Premier”, tetapi beliau tidak mengulas penggunaan “Perdana” dalam bahasa Melayu.

“Ketua Menteri atau CM akan ditukar menjadi ‘Premier’. Menteri Muda atau ‘Assistant Minister’ akan ditukar kepada Timbalan Menteri atau ‘Deputy Minister’,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ditanya jika terdapat kesan signifikan terhadap perubahan nama jawatan tertinggi itu, Karim berkata: “Tidak ada kesan signifikan dari segi tanggungjawab dan peranan dalam kerajaan negeri.”

Karim dijangka membentangkan penukaran gelaran itu menerusi Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 membabitkan Perkara 9(3) Perlembagaan untuk menggantikan perkataan “Chief Minister” dengan “Premier”.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, turut memuat naik tangkap layar berhubung pindaan itu ke Twitternya.

“Dalam pindaan terbaharu Perlembagaan Sarawak yang akan dibentangkan, mereka (kerajaan) akan menukar gelaran ‘Chief Minister’ kepada ‘Premier’. Ini bermakna, Abang Jo (gelaran Abang Johari Openg), akan dipanggil sebagai ‘Premier’ Sarawak.” FMT

Sarawak akan tukar gelaran Ketua Menteri kepada Premier


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker