Khairuddin minta Umno, PAS jangan gaduh, lawan dengan matang

Khairuddin minta Umno, PAS jangan gaduh, lawan dengan matang

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali menasihatkan PAS dan Umno berhenti bergaduh, jika kedua-dua parti tidak boleh bekerjasama lagi dalam pilihan raya.

Katanya, kedua-dua parti perlu mengekalkan budaya politik matang dan sejahtera, dengan bersaing tanpa menggunakan taktik serang-menyerang kerana pengundi sudah muak dengan perbalahan sesama parti politik.



“Tidak perlu bergaduh meskipun berbeza. Itu mesej budaya politik matang sejahtera.

“Maksudnya, jika PAS dan Umno tidak boleh lagi bersama dalam wadah pilihan raya dan akan berlawan dalam pilihan raya, kekalkan berlawan dengan matang dan sejahtera tanpa serang-menyerang

“Itulah politik baharu yang dihasratkan generasi baru, apatah lagi anak muda 18 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun tidak dapat bersama menghadapi pilihan raya, Khairuddin berkata, masih ada banyak ruang untuk kedua-dua parti bekerjasama selepas pilihan raya.



Khairuddin digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Setiausaha Majlis Syura Ulama baru-baru ini. Penyingkirannya dikatakan kerana beliau percaya PAS patut bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

Tetapi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menolak MN yang diasaskan bersama Umno pada 2019 kerana parti tunjang Barisan Nasional itu tidak mahu menerima Bersatu, yang menjadi sekutu PAS dalam Perikatan Nasional.

Kenyataan Khairuddin menyusul dakwaan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kestabilan politik dalam negara hanya boleh dicapai, sekiranya Umno tidak lagi memerintah.

Menteri Besar Kedah itu turut mendakwa Barisan Nasional terlalu menuntut beberapa pilihan raya negeri diadakan kini disebabkan mereka mahu menunjukkan parti itu kembali diterima rakyat.



Tetapi, Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, tidak timbul isu kerajaan lebih stabil jika Umno tidak memerintah negara.

Sebaliknya, beliau berkata, kestabilan politik negara dibuktikan dengan termeterainya memorandum persefahaman antara kerajaan dengan pembangkang pada September 2021. FMT

Khairuddin minta Umno, PAS jangan gaduh, lawan dengan matang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker