Yasin hadapi 2 pertuduhan baharu

Yasin hadapi 2 pertuduhan baharu

Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman menghadapi dua pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Penyanyi yang lebih dikenali sebagai Yasin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan memiliki kanabis dibaca di hadapan Hakim Jamaludin Mat.



Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa, dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di kondominium di Persiaran Surian Damansara, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ia adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Yasin turut mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, hari sama.

Ia adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.



Sementara itu, di mahkamah sama, bagi pertuduhan menanam 17 pokok ganja, pihak pendakwaan memohon satu tarikh lain bagi serahan dokumen.

Hakim Jamaludin Mat kemudian menetapkan 22 Ogos depan bagi sebutan ketiga-tiga kes.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini, melepas tanpa membebaskan Yasin daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.

Ketika prosiding di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, Pengarah Pendakwaan Selangor, Khairul Azreem Mamat memohon supaya penyanyi yang dikenali sebagai Yasin itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dan dituduh semula bagi pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen.



“Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu untuk sebutan semula kes dan pihak pendakwaan memohon agar kes itu di DNAA selepas laporan kimia diterima,” katanya.

Pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Yasin yang diwakili peguam, Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff tidak membantah permohonan berkenaan.

Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja.



Ketika prosiding di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol, Pengarah Pendakwaan Selangor, Khairul Azreem Mamat memohon supaya penyanyi yang dikenali sebagai Yasin itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dan dituduh semula bagi pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen.

“Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu untuk sebutan semula kes dan pihak pendakwaan memohon agar kes itu di DNAA selepas laporan kimia diterima,” katanya.

Pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Yasin yang diwakili peguam, Ariff Azami Hussein, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Azizul Syariman Mat Yusoff tidak membantah permohonan berkenaan.



Sementara itu, di kamar berasingan di Mahkamah Sesyen di sini, penyanyi itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan memiliki kanabis dibaca di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mengikut pertuduhan dia didakwa, dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di kondominium di Persiaran Surian Damansara, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Ia adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, bagi pertuduhan menanam 17 pokok ganja pihak pendakwaan memohon satu tarikh lain bagi serahan dokumen.



Dalam pada itu, Yasin turut mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, hari sama.

Ia adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim Jamaludin kemudian menetapkan 22 Ogos depan bagi sebutan ketiga-tiga kes. HM

Yasin hadapi 2 pertuduhan baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker