SPRM temu petunjuk baharu kecurian REE Kedah – Azam

SPRM temu petunjuk baharu kecurian REE Kedah – Azam

Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kecurian unsur nadir bumi di Kedah berjaya menemukan beberapa petunjuk baharu, kata Ketua Pesuruhjaya Azam Baki.

Azam berkata sepanjang tempoh siasatan dilakukan, SPRM juga menggunakan khidmat pakar untuk mengenal pasti tempoh masa serta kuantiti unsur nadir bumi disyaki dicuri berdasarkan ujian makmal.



“Siasatan kes berkenaan masih berjalan melibatkan siasatan berkait isu-isu rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah terhadap individu dan agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Julai lalu, 10 exco Kedah dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Selain itu, media turut melaporkan seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita yang merupakan pengarah sebuah syarikat ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan.



Menteri Besar Kedah Sanusi Nor turut mengesahkan beliau dipanggil memberikan keterangan berhubung kes berkenaan kepada SPRM pada September lalu. FMT

SPRM temu petunjuk baharu kecurian REE Kedah – Azam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker