Bapa bunuh anak perempuan dihukum


Bapa bunuh anak perempuan dihukum

SANA’A, YEMEN – Seorang bapa dihukum mati di hadapan khalayak menggunakan raifal AK-47 selepas didapati bersalah membunuh tiga orang anak perempuannya yang masih kecil, lapor akhbar The Sun semalam.

Ali Abdullah al-Naomi didapati bersalah membunuh Rahaf, 7, Raghdad, 12 dan Malak, 14 dengan membiarkan mereka lemas di dalam sebuah tangki air akibat perselisihan faham dengan isterinya pada Jun 2019.

Dia dibawa ke Dataran Tahrir di Sana’a bersama dua lelaki lain yang juga dihukum bunuh atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun.



Selepas ditembak, mayat pesalah akan digulung di dalam karpet dan dibawa keluar dari dataran itu oleh anggota tentera.

Ia merupakan hukuman mati di hadapan orang awam pertama di Sana’a sejak Ogos 2018.

Yemen merupakan antara negara yang melaksanakan hukuman mati, malah turut membenarkan kanak-kanak hadir menyaksikan pelaksanaannya.

Pada 2019, dua pedofilia dihukum bunuh di bandar Aden atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Agensi



Bapa bunuh anak perempuan dihukum


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Gangguan makhluk halus. Buatan orang atau buatan sendiri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker