Resepi Sotong Bakar Thai

Resepi Sotong Bakar Thai

Mungkin ramai yang teringin nak makan sotong bakar Thai lebih-lebih lagi sekarang ini tak boleh nak pergi ke Thailand. Apa pun buat saja di rumah. Mudah saja , lihat resepi sotong bakar Thai di bawah ni dan cubalah buat.

Bahan-Bahan:



Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji

Bahan Sos:

5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar

Bahan Kisar Untuk Inti:



1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia

Cara Buat:

1. Buat inti; Hancurkan isi udang dan Gaul dengan telur dan bahan Kisar.

2. Cara sumbat; Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.



3. Cara masak sotong; Bakar sotong sumbat tadi (saya guna pemanggang ajaib sahaja). Kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.

4. Cara buat Sos; Blender atau tumbuk dan tumis semua Bahan (boleh tambah bilangan Cili ikut tahap kepedasan yang anda nak). Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

5. Cara hidangan; Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.

Cuba Resepi Ni: Resepi Ikan Bilis Tumis Asam
+ Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong & saiz. Selamat Menjamu Selera!.



Resepi Oleh Fadhilah Esa


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Terung Cili Kering Udang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker