Ramasamy dulu dibenci, kini disayangi PN

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mencadangkan pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ini kerana dia percaya ramai pemimpin PN akan menggemari bekas pemimpin DAP itu kerana kenyataan-kenyataan bersifat kritikal terhadap kerajaan perpaduan yang sering dikeluarkannya.

“Ramasamy ini dia kurang kasih sayang. Jadi, saya rasa dia patut cuba mendaftar masuk PN. Sebab ramai pemimpin dalam PN akan sayang dia.



“Jadi, saya cadangkan dia masuk PN,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Pemimpin PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ramasamy sebelum ini meminta pengundi Kuala Kubu Bharu tidak mengundi PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di KKB.

Ramasamy berkata gesaan itu sebagai pengajaran buat kerajaan persekutuan yang menurutnya tidak menunaikan janji kepada rakyat Malaysia.

“Kita hari ini turun di KKB sebagai hari pertama kempen bagi parti Urimai. Kami meminta pengundi di Kuala Kubu Bharu supaya jangan undi PH.



“Saya datang bukan untuk meraih undi kepada mana-mana parti, tetapi kita minta pengundi jangan undi kepada PH,” kata Ramasamy.

Fahmi bagaimanapun percaya bahawa rakan baru kerajaan perpaduan MIC mampu menarik sokongan pengundi India (penyokong BN) buat PH.

“Perdana menteri minta presiden MIC untuk turun berkempen. Petang ini juga ada wakil Umno badan perhubungan negeri Selangor.

“Mereka ada perbincangan hari ini dan esok untuk pastikan gerak kerja dari rakan-rakan MIC adalah mantap,” katanya.



PAS mungkin sedar PN akan kalah di KKB

Sementara itu, Fahmi tidak menolak kemungkinan pemimpin PAS tidak hadir di KKB kerana menyedari PN akan tewas.

“Agak menarik untuk meneliti boikot PAS ini, sebab setakat hari ini kita tak lihat mana-mana pimpinan utama PAS turun kempen.

“Ini masuk hari ketiga setakat ini kita lihat bagaimana cuma pemimpin utama daripada parti Bersatu yang banyak bercakap juga tentang ketiadaan PAS ini.



“Saya tak pasti, tapi mungkin mereka lihat ada isu-isu, kalau calon sijil pun tak boleh komen, mungkin mereka dah boleh baca (PN kalah),” katanya.

Sebelum ini, Pemuda PAS Selangor menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa parti itu tidak terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar sebaliknya berkata jentera parti sudah berada di lapangan sejak 25 April lalu.

“Pakatan Harapan (PH) mainkan isu seolah-olah PAS boikot untuk menunjukkan ketidakseimbangan dalam PN.



“Sebenarnya konflik itu berlaku dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan kerana ada yang tidak turun berkempen dalam PRK ini,” katanya.

DUN Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai ‘kerusi campuran’ dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

Calon PN Khairul Azhari Saut akan berdepan tiga lagi calon, iaitu Pang Sock Tao daripada PH, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.



Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker