Erma Fatima bidas kerajaan supaya berlaku adil

Erma Fatima bidas kerajaan supaya berlaku adil. Pengarah, penerbit dan pelakon berkaliber, Erma Fatima, 53, menyeru kerajaan agar berlaku adil pada industri seni.

Menurut Erma, sudah tiada masanya untuk lari dari kemelut yang menghimpit kesengsaraan masyarakat, apatah lagi penggiat seni yang bergantung sumber pendapatan menerusi projek penggambaran.

“Saya mohon pihak kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berlaku adil dengan industri seni ini. Industri ini sangat kecil. Angka jangkitan semakin drastik, tiada masa untuk lari tetapi masanya untuk berfikir macam mana nak hidup dengan wabak ini dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).



“Sampai bila orang industri saya tidak boleh bekerja? Ini sangat penting. Bagi saya sekarang tidak pernah ada kluster dari sektor ini. Kru sengsara ramai ditendang keluar rumah, tiada duit bayar sewa bulanan, kena potong elektrik dan merempat.

“Apa salah kami berbanding peluang kilang di buka? Kami, bila penggambaran pun maksimum hanya 30 orang. Kalau tidak mahu membabitkan penglibatan ramai, sekat dulu filem tapi bagilah buat drama supaya mereka dapat pendapatan,” luahnya tegas.

Erma berkata demikian ketika sidang media drama bersiri Lockdown di Astro Ria (104) yang berkisarkan lapan cerita kesengsaraan rakyat mengharungi pandemik, baru-baru ini.

Dalam memberikan pandangan, Erma menyarankan kaedah penyediaan tempat untuk para pelakon dan kru produksi di sebuah tempat mungkin boleh dilaksanakan bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan wabak dalam sektor kreatif.



“Selepas habis penggambaran para pelakon dan kru terlibat mesti pulang ke tempat yang disediakan produksi bagi mengelakkan kebarangkalian berlaku jangkitan berbanding terus pulang ke rumah atau ke tempat lain ,” jelasnya.

Erma Fatima bidas kerajaan supaya berlaku adil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Muhyiddin perlu letak jawatan atau dianggap penderhaka

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker