Muhyiddin perlu letak jawatan atau dianggap penderhaka

Muhyiddin perlu letak jawatan atau dianggap penderhaka

Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri susulan pembatalan Ordinan Darurat tidak mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 21 Julai lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Mohamed Fareez Noor Amran berkata, tindakan Muhyiddin bukan sahaja mengelirukan Dewan Rakyat bahkan gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung di dalam Rukun Negara apabila membelakangi fungsi dan kuasa YDPA.

“Kenyataan media istana hari ini telah membidas sikap biadap dan pelakuan derhaka Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang secara terang telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan menyatakan semua Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021.

“Pemuda UMNO juga mendesak semua Ahli Parlimen UMNO menzahirkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai 2021 yang lalu untuk menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Takiyuddin di Parlimen pada Isnin bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan Seri Paduka.

Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang di dalam Rukun Negara.

Malah, tindakan tersebut membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka selaku Ketua Negara yang bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri berdasarkan Perkara 40 (1) Perlembagaan Perlembagaan.

Dalam pada itu juga, Mohamed Fareez berharap semua wakil rakyat termasuk Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menteri menjunjung titah YDPA dan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara paling utama apabila berada dalam Dewan Parlimen.

“Jangan biarkan perkara seperti ini berulang pada masa akan datang.

“Pergerakan Pemuda UMNO Pengkalan Chepa tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap kerajaan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi. MG

Muhyiddin perlu letak jawatan atau dianggap penderhaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker