Peluru berpandu Houthi serang kapal tangki Norway

Peluru berpandu Houthi serang kapal tangki Norway

Peluru berpandu pelayaran serangan darat dikawal kumpulan Houthi yang dilancarkan dari Yaman mengenai sebuah kapal tangki komersial, menyebabkan berlaku kebakaran dan kerosakan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, kata dua pegawai pertahanan Amerika Syarikat kepada Reuters.



Menurut seorang daripada pegawai itu, serangan ke atas kapal tangki STRINDA berlaku pada jarak kira-kira 60 batu nautika di utara Selat Bab al-Mandab, sekitar jam 9 malam waktu tempatan.

Katanya, kapal pemusnah tentera laut AS, USS Mason berada di lokasi dan memberikan bantuan.

Seorang lagi pegawai berkata, STRINDA bergerak sendiri dalam tempoh beberapa jam selepas serangan berkenaan.

Kapal tangki kimia itu berbendera Norway, dan pemiliknya yang juga berasal dari negara itu sehingga kini masih belum dapat dihubungi.



Houthi yang bersekutu dengan Iran mengharungi konflik yang merebak ke seluruh Asia Barat sejak perang Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober lalu.

Kumpulan itu menyerang di lorong perkapalan penting dan menembak dron serta peluru berpandu ke arah Israel.

Sabtu lalu, kumpulan Houthi berkata, mereka akan menyasarkan semua kapal yang menuju ke Israel tanpa mengira kewarganegaraan dan memberi amaran kepada syarikat perkapalan antarabangsa supaya tidak berurusan dengan pelabuhan Israel.

Data daripada firma pengesan kapal, Kpler menunjukkan STRINDA memuatkan minyak sayuran dan bahan api biologi di Malaysia dan menuju ke Venice, Itali.



Tidak dapat dipastikan sama ada STRINDA mempunyai hubungan dengan Israel.

Kumpulan itu yang memerintah sebahagian besar Yaman, berkata serangan terbabit menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dan berjanji ia akan dibuat secara berterusan sehingga Israel menghentikan serangannya di Semenanjung Gaza iaitu lebih 1,000 batu dari lokasi Houthi berkuasa di Sanaa.

Houthi adalah satu daripada beberapa kumpulan dalam ‘Axis of Resistance’ yang bersekutu dengan Iran dan menyasarkan Israel dan AS sejak sekutu Palestin mereka, Hamas menyerang Israel. BH

Peluru berpandu Houthi serang kapal tangki Norway



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023



Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?



Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker