Bersatu digugurkan sebagai komponen GRS

Bersatu digugurkan sebagai komponen GRS

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan menggugurkan keanggotaan Bersatu sebagai komponen gabungan berkenaan, kata timbalan pengerusinya, Maximus Ongkili.

Katanya, dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikannya pada 9 Dis, beliau berkata, Hajiji Noor juga kekal sebagai pengerusi GRS.



Beliau berkata demikian dalam kenyataannya, hari ini.

Pada 10 Dis, Hajiji berkata, beliau bersama pemimpin tertinggi Bersatu Sabah secara sebulat suara keluar parti itu.

Ongkili ketika mengulas lanjut, berkata kenyataan itu dikeluarkan susulan isu dibangkitkan Ketua Bersatu Sabah Ronald Kiandee, semalam, yang menyatakan Perjanjian Persefahaman Kerjasama ditandatangani GRS sebagai “tidak sah” kerana tidak mewakili aspirasi Bersatu sebagai parti pengasas GRS.

“YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee atau pun partinya tidak ada hubungan dengan perjanjian persefahaman kerajaan perpaduan yang prinsip dan matlamatnya telah ditolak oleh parti beliau,” katanya.



Selepas Hajiji keluar dari Bersatu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menamakan Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran sebagai ketua Bersatu Sabah. FMT

Bersatu digugurkan sebagai komponen GRS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker