Budak ditinggal hampir 40 minit dalam kereta berkunci

Tangkap layar video tular yang menujukkan keadaan seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah kereta.

Seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah selepas didakwa ditinggalkan penjaganya selama hampir 40 minit di dalam sebuah kenderaan berkunci.

Menurut sebuah video tular di laman Twitter, kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang ramai yang lalu-lalang dalam keadaan lemah dan berpeluh-peluh.

Malah, menurut video sama, kenderaan tersebut juga diparkir di tengah panas.

“Tinggalkan anak dalam kereta tengah panas macam ni? Sudahlah tutup enjin, kereta berkunci, tingkap pula buka sedikit sahaja. Muka pun dah pucat.



“Hampir 40 minit saya tunggu di situ tetapi tidak ada sesiapa pun yang datang. Akhirnya, saya minta tolong orang ramai untuk pecahkan cermin dan bawa dia ke klinik,” katanya.

Menurut pengguna tersebut, kanak-kanak tersebut kini dalam keadaan selamat dan sudah mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, keberadaan penjaganya tidak dapat dipastikan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa marah dan kecewa atas tindakan tidak bertanggungjawab penjaga kepada kanak-kanak tersebut.



“Boleh buat laporan polis ni. Ini dah dikira pengabaian terhadap kanak-kanak,” kata Riesna.

“Budak tu selamat tak? Saya harap awak buat laporan polis. Kasihannya, tak sanggup nak tengok keadaan dia,” kata seorang pengguna.

“Saya duduk dalam kereta lima minit pun dah sesak nafas apatah lagi 40 minit,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 2,778 tanda suka dan 622,000 tontonan



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker