Pelancong Korea ‘serbu’ Sabah

Pelancong Korea ‘serbu’ Sabah

KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, mengalami kesesakan malam tadi, susulan ketibaan hampir serentak 1,098 pelancong dari Korea Selatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew berkata, kejadian berlaku selepas lima syarikat penerbangan dari negara terbabit mendarat pada jarak masa dekat.



Katanya, maklumat diterima daripada pengurusan KKIA memaklumkan, syarikat penerbangan Jin Air dari Incheon yang membawa 385 penumpang tiba pada jam 9.47 malam.

“Kira-kira 45 minit kemudian, pesawat Jeju Air dari Incheon (157 penumpang) tiba diikuti Air Busan dari Busan (193 penumpang) pada 10.40 malam.

“Seterusnya Jeju Air dari Incheon (179 penumpang) tiba pada 11.25 malam dan T’way Air dari Incheon (184 penumpang) pada 11.49 malam.

“Saya menerima maklum balas daripada pemain pelancong dan ahli komuniti perniagaan yang merungut bahawa tandas tidak mencukupi, di samping terdapat keperluan mendesak untuk memanjangkan terminal,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya, pihak pengurusan KKIA memaklumkan kesemua 10 kaunter imigresen yang ada telah dibuka pada malam itu, tetapi kesesakan yang berlaku menuntut lebih banyak kaunter disediakan pada masa mendatang.

“Jelas sekali, kita memerlukan lebih banyak kaunter imigresen. Saya rasa penstrukturan semula kaunter adalah wajar untuk mengurangkan kesesakan dan melancarkan proses pelepasan,” katanya.

Beliau menyeru pihak pengurusan lapangan terbang untuk memulakan kerja menaik taraf tandas dengan segera, berdasarkan sejumlah RM8.4 juta yang diperuntukkan untuk menaik taraf kemudahan di KKIA. BH

Pelancong Korea ‘serbu’ Sabah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker