Lelaki botak kena cekup

Lelaki botak kena cekup

Seorang lelaki ditahan polis selepas mengasari individu lain menggunakan sebatang besi di kawasan Taman Danau Desa, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfield Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan video terbabit sekitar 12.15 tengah hari semalam.



Menurutnya, satu laporan berhubung kejadian diterima dan dibuat lelaki tempatan berusia 48 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku Isnin lalu, lebih kurang 9.55 pagi di kawasan Taman Danau Desa dan suspek berusia 45 tahun ditahan keesokannya, Selasa lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, tempoh tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah diperoleh selama tiga hari daripada Majistret Kuala Lumpur.



“Kertas siasatan akan diedar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan arahan lanjut,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan video tular terbabit.

“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Terdahulu, video insiden berkenaan yang berdurasi satu minit 26 saat yang dimuat naik pengguna di Twitter tular di media sosial semalam.
HM



Lelaki botak kena cekup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker