Kelakar Muhyiddin mahu jadi PM semula

Kelakar Muhyiddin mahu jadi PM semula

Penganalisis politik, Lim Sian See menyifatkan hasrat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kembali menjadi Perdana Menteri sebagai sesuatu yang kelakar.

Menurut beliau, Malaysia ketinggalan daripada segi ekonomi berbanding negara-negara lain di dunia sepanjang tempoh Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dahulu.



Beliau mendakwa, situasi itu berlaku akibat sekatan pergerakan ‘separuh masak’ dengan tempoh yang dikatakan antara paling panjang di dunia.

“Dah tak pandai ekonomi tapi masih mahu lockdown kami begitu lama sebab tamak kuasa.

“Lockdown pula tak berkesan berbanding negara-negara lain sebab dia buka kilang-kilang dan tapak pembinaan tapi tutup perniagaan kedai-kedai kecil,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sian See berkata, situasi yang berbeza berlaku semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.



Beliau memberitahu, data Bank Dunia menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang tempoh Najib menjadi Perdana Menteri adalah lebih tinggi berbanding pertumbuhan KDNK dunia.

“Ini bermaksud ekonomi Malaysia semakin penting dalam dunia masa Najib biarpun dia tercabar dengan krisis The Great Recession dan krisis keruntuhan mengejut harga minyak dunia 2014-2016.

“Namun ia berlaku sebaliknya pada tahun 2020 dan 2021 di bawah Muhyiddin,” jelasnya.

Sian See turut mempersoalkan sama ada PN mempunyai calon Perdana Menteri selain Muhyiddin.



“Jika Muhyiddin bukan calon Perdana Menteri bagi PN, ada kemungkinan kami boleh terima.

“Tapi jika dia kekal calon Perdana Menteri mereka maka tak payahlah sembang,” katanya. MG

Kelakar Muhyiddin mahu jadi PM semula

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker