‘Rakan BN’ bertanding PRU15, MCA ambil alih kebanyakan kerusi Gerakan

#PRU15

‘Rakan BN’ bertanding PRU15, MCA ambil alih kebanyakan kerusi Gerakan

BN akhirnya memberikan “rakan-rakannya” beberapa kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum – walaupun kerusi yang hampir mustahil untuk dimenangi -memandangkan gabungan itu mengambil alih kerusi Gerakan dan membahagikan sesama mereka.

Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan menyaksikan penampilan pertama Makkal Sakti, Barisan Progresif India (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) di bawah bendera BN.



BN akan meletakkan kebanyakan rakannya di kubu kuat Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang – iaitu Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran di Nibong Tebal; Presiden IPF , T Loganathan di Jelutong dan Razalif Mohamad Zain dari PCM di Bukit Bendera.

Sementara itu, Presiden Kimma, Syed Ibrahim Kader akan ditempatkan di Puchong, satu lagi kubu kuat PH.

Daripada empat kerusi ini, kesemuanya sebelum ini ditandingi oleh Gerakan – kecuali Nibong Tebal – yang diserahkan Umno kepada Makkal Sakti.

Nibong Tebal dimenangi oleh Mansor Othman dari PKR pada 2018 sebelum dia menyertai Bersatu.



Baki kerusi yang ditandingi Gerakan pada 2018 dibahagikan kepada tiga parti utama BN, dengan MCA mendapat Batu Kawan, Tanjong, Taiping dan Beruas, manakala MIC diberi kerusi Batu dan Teluk Intan serta Umno diberi kerusi Simpang Renggam.

Sementara itu, MCA turut mengambil alih kerusi Segambut daripada bekas parti komponen BN, MyPPP.

Terdapat juga beberapa pertukaran kerusi antara tiga parti utama.

Umno mengambil kerusi parlimen Sungai Buloh dan Kapar daripada MIC serta Kuantan, Wangsa Maju dan Alor Gajah daripada MCA.



Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan bertanding di Sungai Buloh, manakala Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan Sufian akan bertanding di Alor Gajah.

Sebagai pertukaran untuk kerusi ini, Umno memberikan kerusi Kuala Langat kepada MIC serta Indera Mahkota dan Tangga Batu kepada MCA.

Umno juga dijangka melepaskan kerusi Bandar Tun Razak kepada MCA.

Di samping itu, MIC juga mendapat kerusi Padang Serai daripada MCA – di mana bekas naib presidennya, C Sivarraajh akan dipertaruhkan.



Umno juga mempertahankan Cameron Highlands, yang diambilnya daripada MIC semasa pilihan raya kecil 2019.

Peruntukan kerusi dan calon diumumkan di tengah-tengah bantahan daripada MIC – yang mengancam untuk tidak bertanding pada PRU kali ini.

Ini berikutan rasa tidak senang parti itu terhadap agihan kerusi.

Selain kerusi yang terpaksa diserahkan kepada Umno, MIC dipercayai turut kecewa dengan kemasukan IPF, Makkal Sakti dan Kimma dalam senarai calon BN.



MIC dipercayai telah membantah penyertaan parti-parti ini sebagai ahli penuh BN dan mahu kekal sebagai “rakan” sekutu. Mk

‘Rakan BN’ bertanding PRU15, MCA ambil alih kebanyakan kerusi Gerakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS

Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker