Tanah runtuh di Ampang, Polis kawal banglo lima tingkat

AMPANG – Tiga sekeluarga yang menghuni sebuah rumah lima tingkat cemas apabila dinding dapur pecah selepas tanah gelongsor disebabkan hujan lebat di Taman Halaman Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.26 pagi.

“Tanah di belakang rumah itu menggelongsor menyebabkan dinding dapur rumah tersebut pecah. Kejadian itu berlaku disebabkan hujan lebat berterusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Menurut Mohamad Farouk, kawasan yang terkesan adalah banglo dan terdapat sebanyak sembilan buah rumah yang dibina di lereng bukit tersebut.

DINDING dapur rumah lima tingkat pecah akibat tanah runtuh pagi tadi di Jalan Halaman 6, Taman Halaman Ampang.

“Hujan berterusan menyebabkan air berlumpur mengalir ke kawasan depan rumah. Penghuninya kemudian berpindah ke rumah lain. Polis turut membuat kawalan di hadapan rumah tersebut,” katanya.

Katanya, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat turut turun padang membuat pemeriksaan.

“Tindakan awal meletakkan plastik kanvas dibuat bagi menutup tanah di lereng bukit yang terkesan. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker