Azeem azam catat bawah 10s di Bangkok

BINTANG pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mempunyai misi besar pada Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Thailand bermula 12 hingga 16 Julai ini nanti apabila meletakkan sasaran melakukan catatan bawah 10 saat (s).

Sasaran itu untuk memastikan dia layak secara merit ke Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary (Ogos) dan Olimpik Paris 2024.

Azeem yang berkelana kira-kira enam bulan di Amerika Syarikat (AS) berada dalam ‘mood’ terbaik selepas mencatat larian terbaik musim ini dengan mencatat masa 10.11 saat (s) pada Kejohanan SEC Outdoors 2023.



Ia adalah catatan tahunan terbaiknya dalam tahun ini dan semakin hampir untuk menyamai rekod 100 meter (m) kebangsaan iaitu 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.

Justeru, pelari berusia 19 tahun itu yang ditemani jurulatihnya dari Amerika Syarikat (AS), Ken Harnden membawa misi besar di Thailand untuk membantunya memburu tiket lebih awal ke Olimpik Paris 2024 dalam acara 100m ketika bersaing dengan beberapa pelari pecut ternama Asia.

“Ramai tahu ini adalah kejohanan pertama saya sejak kali pertama saya balik untuk mewakili Malaysia dan sudah pasti saya mahu melakukan sesuatu. Tiada tekanan dan saya tidak mahu memberi tekanan kepada saya sendiri.

“Saya tahu di mana saya berada sekarang dan InsyaAllah saya akan cuba terbaik untuk sekurang-kurangnya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium. Kejohanan ATF adalah kejohanan terbesar di Asia dan saya rasa siapa yang saya akan jumpa di sini adalah orang yang sama saya akan tentang di Sukan Asia nanti.



“Sebenarnya kami di sini untuk layak secara merit di kejohanan ini untuk kejohanan dunia dan bila saya dapat capai bawah 10s di sini lebih baik dan secara automatik layak ke Paris 2024.

“Itu hanya perbincangan dengan jurulatih saya dan saya tak betul-betul beri penekanan berkenaan perkara itu dan kami hanya mahu kekal momentum dan kekal dengan catatan bawah 10.20s,” katanya ketika ditemui di KLIA semalam.

Berdasarkan badan induk Olahraga Dunia, kelayakan ke temasya sukan terbesar dunia itu telah pun bermula sejak 1 Julai lalu dan akan tamat pada 30 Jun 2024.

Dalam tempoh tersebut Azeem perlu mencapai syarat had kelayakan masa yang ditetapkan iaitu 10.00s bagi mendapat slot automatik ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul



Senaman terbaik untuk hubungan seks

Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila



Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker