Barangan korban tanah runtuh Batang Kali dicuri, penjawat awam dicekup polis

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang penjawat awam yang dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Dis lepas.

Pemangku Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang semalam dan polis akan membuat permohonan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.



Beliau dalam sidang media hari ini berkata, susulan penahanan itu, polis turut merampas barangan dipercayai milik mangsa kejadian tanah runtuh itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suffian Abdullah memaklumkan pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook dipercayai daripada seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch ‘n Go milik mangsa.

Tragedi tanah runtuh pada 2.46 pagi 16 Dis itu mengorbankan 31 nyawa, dengan 12 daripadanya kanak-kanak dan seorang bayi lelaki berusia setahun.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker