‘Selamat Hari Ibu, love you mama’ – Nurul Izzah

SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mencuri perhatian warganet apabila menuliskan ucapan Selamat Hari Ibu kepada ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di laman Facebook pada Ahad.

Lebih istimewa, Nurul Izzah turut memuat naik gambarnya bersama Wan Azizah di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan julung kali di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Jumpa mama saya di tempat kerja sempena Hari Ibu. Selamat Hari Ibu. Love you (mencintaimu), mama,” katanya.



Dalam pada itu, Nurul Izzah juga menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua individu yang bergelar ibu.

“Sebagaimana beban yang ditanggung, selaku tempat berteduh, tempat berlindung, tempat mengeluh.

“Kasih itu berterusan berbekal keikhlasan dan pengorbanan, tidak semestinya menerusi ikatan DNA semata-mata,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di Facebook mendapati rata-rata orang ramai memberi ucapan selamat kepada pasangan ibu dan anak berkenaan.



“Pengalaman peribadi saya, Datin (Wan Azizah) ialah ibu yang paling kuat dan kamu ibu yang berani juga Yang Berhormat (YB) Izzah tercinta. Selamat Hari Ibu buat kamu berdua,” komen pengguna akaun Facebook bernama Si Lay.

“Bangga dengan kamu berdua, YB dan anda berdua ialah contoh hebat wanita kuat yang mengimbangi dengan menjadi ibu baik dan wanita memberi inspirasi. Terima kasih kerana membuat kami sebagai wanita, bangga,” luah pengguna akaun Facebook Shereen Kulasingham.

“Dua wanita besi (iron lady). Titipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada anda berdua yang telah melakukan hal hebat,” ujar pengguna akaun Facebook Siti Fatimah Jamel.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker