Pencen semasa, asal penjawat awam dibayar dalam bentuk bantuan khas

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Kerajaan akan membayar amaun pencen semasa dan asal penjawat awam dalam bentuk bantuan khas selaras keputusan Mahkamah Persekutuan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bantuan khas dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) itu adalah untuk memastikan jumlah diterima pesara sama dengan jumlah pencen semasa pada Jun 2023.

“Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan PKKP,” katanya dalam kenyataan.

Pada 6 Julai, Anwar berkata, kerajaan akan mengumumkan mekanisme khas berkaitan pencen penjawat awam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa undang-undang sedia ada melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan.



Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan jumlah pencen asal selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Anwar juga berkata, kerajaan akan mengkaji semakan gaji perkhidmatan awam dan ia akan turut melibatkan pesara.

“Penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).



“Hasil keputusan ini diharap dapat memberikan impak positif kepada kakitangan awam, pesara perkhidmatan awam dan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan kerajaan dan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA), yang membenarkan kenaikan 2% setiap tahun, kurang memihak kepada pesara dan dengan itu melanggar Perkara 147 Perlembagaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak wanita ‘bersuamikan’ Pengkid



Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah

Kalau kurus tiada bontot, suami tak suka – Almy Nadia



Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker