Luna Maya bercinta dengan lelaki 10 tahun lebih muda darinya

Luna Maya bercinta dengan lelaki 10 tahun lebih muda darinya

Pelakon popular Indonesia, Luna Maya dilaporkan sedang hangat bercinta dengan Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda darinya.

Hubungan mereka mula menjadi buah mulut peminat dan tular ketika Luna, 39, juga pelakon filem Janda Kembang itu menghadiri majlis ulang tahun Maxime yang ke 30 pada 22 April lalu.



Menurut laporan Sindonews, Luna atau nama sebenar Luna Maya Sugeng mengenakan baju lengan panjang ketika bergambar bersama Maxime yang juga pelakon.

Hubungan mereka dianggap serius oleh peminat apabila gambar yang dimuat naik menampakkan Luna sedang berada rapat disamping Maxime.

Namun, segelintir peminat dilaporkan tidak merestui hubungan pasangan itu kerana perbezaan jarak usia antara mereka.

Ada yang menyifatkan hubungan dua selebriti itu jauh tak ubah seperti antara ibu dan anak.



Tambahan lagi, ada yang meminta Maxime kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Prilly Latuconsina yang terlerai sejak empat tahun lalu.

Terdahulu, Luna pernah menjalinkan hubungan bersama vokalis kumpulan Noah, Ariel. HM

Luna Maya bercinta dengan lelaki 10 tahun lebih muda darinya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah

Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta



View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker