Peguam Kanan Persekutuan dakwa bahasa lain di sekolah vernakular tak langgar Perlembagaan

 

Mahkamah Rayuan diberitahu penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah vernakular tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa kebangsaan diajar sebagai mata pelajaran wajib di sekolah terbabit.

Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin, yang mewakili Menteri Pendidikan dan kerajaan, berhujah bahawa kesemua sekolah terbabit juga perlu mematuhi sukatan mata pelajaran yang sama.



Liew berkata penggunaan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular diiktiraf dari segi sejarah dan diperuntuk secara jelas dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Dia berkata pemeriksaan terperinci ke atas dokumen dan peristiwa bersejarah berkaitan adalah penting untuk pemahaman yang betul mengenai Perkara 152.

“Kita dibentuk oleh sejarah, sejarah adalah siapa diri kita dan mengapa kita adalah kita,” katanya di hadapan panel tiga hakim yang mendengar rayuan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Liew berkata hasrat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan adalah untuk meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa sama, memelihara serta mengekalkan penggunaan bahasa lain dalam sistem pendidikan.



Dia berkata justeru, relif yang dipohon oleh Mappim, Gapena, Isma dan I-Guru adalah bertentangan dengan hasrat penggubalnya berdasarkan sejarah Perlembagaan selain memusnahkan tonggak asas keseimbangan Perlembagaan di negara ini.

Rayuan itu didengar oleh Supang Lian, M Gunalan dan Azizul Azmi Adnan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?



Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta



Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker