Dulu kena bayar, sekarang ditaja – Tomok

Dulu kena bayar, sekarang ditaja – Tomok

Penyanyi, Tomok tidak menyangka kejadian tertumpah pengilat kuku di sebuah butik pakaian berjenama pada April lalu membuka pintu rezeki yang baru.

Dalam sebuah video yang di laman Instagram, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 39, bercerita dia dihubungi butik pakaian berkenaan yang berhasrat menaja kumpulan New Boyz untuk konsert mereka di Singapura pada September.



“Beberapa bulan lepas ada satu kejadian anak saya tertumpah pengilat kuku di kedai ini.

“Pada hari ini, saya datang balik kerana kita dapat panggilan menyatakan mereka nak taja pakaian pasukan New Boyz untuk konsert di Singapura.

“Setiap seorang akan dapat set lengkap iaitu baju, seluar dan jaket daripada kedai ini,” katanya.

Bersyukur dengan rezeki terpijak ini, penyanyi itu masih tidak menyangka akan menerima tawaran seperti ini.



“Terima kasih, memang tak sangka dengan rezeki ini.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Jadi semua ahli New Boyz akan pakai pakaian ini untuk konsert di Singapura,” tambahnya.

Sebelum ini, Tomok terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM5,593 selepas anaknya menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar secara tidak sengaja di butik itu.

Tomok kemudian menjual kembali pakaian berkenaan menerusi laman Instagramnya.



Terkini, New Boyz sedang membuat persiapan untuk konsert New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang Live in Singapore pada 9 September 2023 di panggung Star Theatre, Singapura. Utusan

Dulu kena bayar, sekarang ditaja – Tomok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker