Penyokong Annuar dari cawangan tak pernah wujud isytihar keluar UMNO

Penyokong Annuar dari cawangan tak pernah wujud isytihar keluar UMNO

Dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Kok Lanas, Datuk Farid Zawawi bahawa ada sekumpulan ahli UMNO dari cawangan Mahang Perdana keluar parti, tidak benar sama sekali.

Ini kerana, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Nik Saiful Adli Burhan, cawangan yang dinamakan sebagai Mahang Perdana dalam DUN Kok Lanas tidak wujud sama sekali.



“Saya merujuk kepada rakaman video yang dimuatnaik dalam Tiktok Farid calon DUN Kok Lanas dari PN yang menunjukkan sekumpulan individu yang mendakwa mereka dari UMNO cawangan Mahang Perdana, Kok Lanas mengumumkan keluar daripada parti beramai-ramai kerana mengikut jejak Tan Sri Annuar Musa.

“UMNO Bahagian Ketereh ingin menyatakan, tidak pernah wujud mana-mana cawangan UMNO yang pernah didaftarkan di dalam kawasan Kok Lanas dengan nama UMNO cawangan Mahang Perdana seperti yang disebut dalam video itu.

“Tidak pernah sekali pun wujud cawangan UMNO dalam kawasan tersebut sama ada berdaftar ataupun tidak berdaftar di pelbagai peringkat parti,” katanya kepada media, malam ini.

Dalam video itu, seorang lelaki yang mewakili beberapa individu menyatakan, mereka ahli UMNO cawangan Mahang Perdana mengisytiharkan keluar parti disebabkan ketidakpercayaan dengan pakatan UMNO dan DAP.



Mereka dengan tegas menolak perjuangan UMNO dengan DAP dan memberi sokongan kepada PN serta menyokong penuh kepimpinan Annuar.

Menurut Nik Saiful Adli, Kumpulan individu itu juga bukan ahli UMNO ataupun mana-mana ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, video seumpama itu hanya propaganda murahan menggunakan bekas pimpinan UMNO Bahagian yang kecewa selepas melompat parti dan tidak mendapat tempat dalam parti baharu yang disertai.

“Fitnah sebegini juga susulan daripada kegagalan langkah 4 Ogos lalu yang didakwa Annuar kononnya gerakan besar-besaran ahli UMNO meninggalkan parti, tetapi hanya sebahagian ahli keluarga beliau sahaja yang keluar.



“Malah, cawangan beliau sendiri, Cawangan Cabang Tiga Haji Musa gagal dibubarkan kerana masih terdapat ramai pemimpin dan ahli di cawangan yang memilih untuk setia bersama UMNO.

“Menggunakan identiti palsu dan nama cawangan UMNO yang palsu adalah jalan terakhir bagi menutup malu selepas pengumuman kononnya ada gerakan keluar UMNO secara besar-besaran gagal berlaku,” katanya.

Sebagai peguam, beliau menasihatkan UMNO Bahagian Ketereh untuk tidak membuat laporan polis ataupun aduan kepada Pendaftar Pertubuhan meskipun ada individu menggunakan identiti dan cawangan palsu bagi mengelirukan orang ramai.

“Bagi saya cukuplah pembongkaran ini memberi malu kepada mereka. Tidak perlulah sampai kita melibatkan tindakan undang-undang.



“Saya juga nak nasihatkan kepada Annuar dan juga bekas kepimpinan dan ahli UMNO yang keluar parti supaya berhenti melakukan fitnah murahan begini yang akhirnya mendatangkan kebencian rakyat kepada mereka sendiri.

“Jika masih rindukan parti yang lama, tak perlulah rasa malu. Annuar dan pengikutnya masih kami alu-alukan berkunjung ke pos Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan cawangan seluruh Ketereh untuk bertemu ahli UMNO yang masih setia bersama parti ini,” katanya. MG

Penyokong Annuar dari cawangan tak pernah wujud isytihar keluar UMNO

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker