Kerajaan Muhyiddin terus ditekan buka Parlimen bincang Covid-19

Kerajaan Muhyiddin terus ditekan buka Parlimen bincang Covid-19

Kerajaan Muhyiddin terus ditekan buka Parlimen bincang Covid-19

PETALING JAYA: Kerajaan terus diasak membuka persidangan Parlimen bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang berbahas mengenai pandemik Covid-19 serta program vaksinasi.

Bercakap dengan Utusan Malaysia, beberapa pemimpin blok pembangkang mahu Parlimen bersidang untuk memastikan wujud semak dan imbang selain mencari penyelesaian bersama mengenai penularan Covid-19.



Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil turut membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan menegaskan Parlimen harus dibuka kerana tanggungjawabnya dari segi urus tadbir Malaysia.

Beliau berkata, di bawah Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa jemaah menteri mesti bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.

“Fungsi Parlimen bukan untuk memberi vaksin tetapi adalah untuk memastikan perjalanan proses vaksinasi berjalan dengan baik. Mungkin Menteri Dalam Negeri perlu lihat balik data dan fungsi ahli Parlimen dalam konteks program vaksinasi,” ujarnya..

Strategi tepat perlu ada sebelum laksana ‘total lockdown’: Johari



Desakan pembukaan Parlimen

Terdahulu, Hamzah berkata, desakan pembukaan Parlimen oleh ahli politik atau pihak tertentu hanya akan menyebabkan kelewatan proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke turut menggesa supaya sidang Parlimen dibuka semula supaya semua pihak boleh membincangkan kaedah lebih baik untuk mengawal Covid-19.

“Seperti dikatakan Timbalan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, sekiranya Parlimen dibuka dan semua ahli Parlimen dapat berbahas dan demokrasi berfungsi seperti biasa, ini memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada rakyat.



“Ini adalah berkenaan dengan kredibiliti kerajaan serta usaha kerajaan untuk membendung Covid-19. Jadi, itu sebabnya kita harus tegaskan Parlimen mesti bersidang walaupun dalam tempoh darurat kerana tidak ada halangan untuk Parlimen bersidang,” kata Anthony ketika dihubungi semalam.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad pula berkata, Parlimen adalah sebuah institusi pembuat keputusan tertinggi jadi tidak sepatutnya persidangan ditangguh.

“Kuasa Eksekutif dalam negara haruslah melihat krisis pandemik Covid-19 sebagai krisis yang berat dan harus diselesaikan dengan semua kekuatan yang kita ada dan Parlimen berfungsi sebagai institusi tonggak.

“Bagi saya tidak sepatutnya timbul isu mengenai undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kerana biasanya dalam sidang Parlimen kita ada titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jadi dalam sidang pertama tiada proses pengundian. Saya tidak faham kenapa ada ketakutan sekiranya benar kerajaan mahu memanggil sidang Dewan Rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Pihak yang berbalah wajar dikuburkan – Nik Abduh

Kerajaan Muhyiddin terus ditekan buka Parlimen bincang Covid-19


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lepas kes menteri hentak meja, telahan Najib mengenai ‘mesej’ KP Kesihatan tarik perhatian



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker