Piala Asia 2023: “Saya beri harapan terlalu tinggi, ini adalah salah saya” – Kim Pan Gon

DOHA: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon tidak menyalahkan sesiapa susulan Harimau Malaya tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023.

Sebaliknya, pengendali dari Korea Selatan itu menganggap kesalahan itu adalah datang daripada dirinya yang meletakkan harapan terlalu tinggi untuk pasukan Harimau Malaya.



Justeru, beliau mengambil tanggungjawab terhadap keputusan yang diraih skuad negara sepanjang kejohanan itu yang sedang berlangsung di Qatar.

“Tiada apa yang salah, inilah (tahap) di mana kami berada. Mungkin jurulatih salah, saya memiliki harapan yang sangat tinggi. Saya berikan impian terlalu tinggi. Mungkin saya beri harapan terlampau tinggi kepada orang ramai dan pemain, mungkin silap saya.

“Sebagai jurulatih, ini masalah saya. Bukan daripada pemain, bukan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), bukan daripada orang ramai. Jadi ini semua masalah jurulatih,” katanya.

Pan Gon berkata demikian pada sidang media selepas Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E di Stadium Jassim bin Hamad, malam tadi.



Kekalahan itu menyaksikan skuad negara sah tersingkir di peringkat kumpulan meskipun masih berbaki satu perlawanan menentang Korea Selatan di Stadium Janoub, Khamis ini.

Malaysia yang tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi pertama, Selasa lalu menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata dan jaringan.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, Pan Gon menjelaskan bahawa Harimau Malaya tidak berjaya mengawal dan mendominasi permainan.

Beliau bagaimanapun memahami kesukaran pemain untuk memberikan saingan terbaik kepada pasukan lain di pentas tinggi seperti Piala Asia yang mana mereka layak secara merit buat kali pertama selepas 43 tahun.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker