MKN nafi mesej darurat kesihatan disambung

MKN nafi mesej darurat kesihatan disambung

MKN nafi mesej darurat kesihatan disambung

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menafikan dakwaan mesej bertajuk ‘Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 syor Darurat Kesihatan disambung’ seperti yang sedang tular di media sosial.

MKN menegaskan bahawa maklumat berkaitan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu adalah palsu, demikian menurut kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia.



“Orang ramai diminta untuk tidak mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan berita tidak benar yang diterima melalui media sosial seterusnya menghapus atau memadam berita tidak benar berada dalam kawalan masing-masing sama ada dalam peranti atau penerbitan bertulis dengan serta merta.

“Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021,” menurut kenyataan itu. BERNAMA

MKN nafi mesej darurat kesihatan disambung


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker