Dua sahabat melecur kereta hangus terbakar


PENDANG: Dua sahabat nyaris maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Jalan Kampung Sungai Putat dekat Pendang, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu dua sahabat tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari lokasi kemalangan.

Bagaimanapun kereta jenis Proton Saga FLX yang dinaiki mereka tiba-tiba mengeluarkan api lalu terbabas ke bahu jalan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima laporan sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pendang dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sedang marak membakar kereta terbabit namun kedua-dua mangsa berada di luar kenderaan dalam keadaan ketakutan.

“Tindakan pantas anggota berjaya memadam kebakaran dan memberi bantuan perubatan awal kepada mangsa”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul memaklumkan kedua-dua mangsa melecur pada tangan dan kaki segera dihantar ke Klinik Kesihatan Pendang dengan menaiki ambulan EMRS Bomba.

Katanya, kenderaan berkenaan terbakar 90 peratus, sementara punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. Awani


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki rentung dalam kebakaran kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker