Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat

Sebaran :

Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat
Penting kerajaan stabil dan punyai sokongan majoriti rakyat

Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat

PETALING JAYA: Raja-Raja Melayu berpandangan tidak ada keperluan untuk darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Majlis Raja-raja Melayu juga bersetuju bahawa suhu politik yang semakin panas perlu diredakan dan “pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.”

Dalam kenyataan menerusi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad,

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan lapan lagi Raja Melayu, mengambil maklum bahawa angka jangkitan Covid-19 harian membesar walaupun negara di bawah darurat.

Mereka turut mengambil maklum bahawa keadaan ekonomi dan kewangan negara membimbangkan, suasana politik tidak stabil dan perpaduan rakyat semakin retak.

Menurut kenyataan itu, kesemua sembilan Raja Melayu turut mengambil maklum suasana pekerjaan, kehidupan dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan terjejas dan menimbulkan pelbagai kerumitan.

Majlis Raja-raja juga mengambil maklum umat Islam tidak dapat melakukan program ibadah di masjid dan surau, terutama sekali solat Jumaat.

“Demikian juga penganut agama lain, yang turut terhalang daripada melakukan urusan agama masing-masing,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, Raja-Raja Melayu berpendirian pentingnya dihormati mekanisma semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin urus tadbir yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Ini terutama sekali dalam hal kewangan dan perbelanjaan negara.

“Dalam semangat tersebut, Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian (Sultan Abdullah) yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

“Di peringkat negeri Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

“Sidang berkenaan boleh menggunapakai kaedah dan prosedur yang diamalkan di negara lain dengan hasil berkesan,” menurut kenyataan itu.

Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kerajaan ketepikan amaran KKM, bawa kepada krisis – Najib

 


Sebaran :

Leave a Reply