Sidang Parlimen, Kenapa Perlu Tunggu September

Sidang Parlimen, Kenapa Perlu Tunggu September

Sidang Parlimen, Kenapa Perlu Tunggu September

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoalkan keputusan kerajaan yang hanya membenarkan Parlimen bersidang selepas negara mencapai imuniti kelompok dalam fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, alasan berkenaan disifatkan tidak masuk akal kerana sektor lain tidak dikenakan syarat sebegitu dan dibenarkan beroperasi, khususnya sektor perkilangan.



Menurutnya, alasan remeh itu seperti mahu mengelak Parlimen daripada bersidang sedangkan belum ada kluster yang berpunca daripada persidangan Dewan Rakyat direkodkan.

“Kenapa perlu tunggu hingga September atau Oktober untuk Parlimen bersidang? Sekarang pun boleh bersidang sebab tempat duduk ahli Parlimen sudah dijarakkan dengan pemisah dan diselang.

“Perlu tunggu capai imuniti kelompok, baru boleh Parlimen bersidang, ini tidak masuk akal,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepatutnya semua sektor ekonomi turut tertakluk pada syarat yang sama, sekiranya ia membabitkan pergerakan ramai bagi mengelak jangkitan Covid-19.



“Mana lebih ramai, dalam Parlimen atau kilang? Tanpa capai imuniti kelompok pun, sektor perkilangan beroperasi dengan 1.5 juta pekerja sekarang. Kalau macam itu, kena pastikan dulu kawasan industri capai imuniti kelompok, barulah dibenarkan beroperasi, khususnya perkilangan,” katanya.

Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong

Menurutnya, adalah tidak relevan meletakkan syarat Parlimen hanya dibenarkan bersidang apabila mencapai imuniti kelompok, sedangkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikunjungi ramai tidak perlu mematuhinya.



“Sebab itu, pelan pemulihan ini bukanlah suatu pelan, tetapi pelan-pelan,” katanya sinis.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan sidang Parlimen akan diadakan antara bulan September dan Oktober ini dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz menyifatkan pengumuman Pelan Pemulihan Negara sehari sebelum diadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, sebagai tindakan terdesak kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Selepas media memberi liputan meluas isu Majlis Gerakan Nasional (Mageran) dan Majlis Pemulihan Negara (MPN), dalam dua tiga hari siap pula Pelan Pemulihan Negara, ia amat mengejutkan.



“Nampak seolah PN gelisah dan mahu berikan petanda agar diberikan peluang hingga Disember,” katanya.

Mahfuz turut beranggapan, pelan mengejut itu melucukan apabila diumumkan secara ‘back dated’.

“Diumumkan fasa pertama bermula Jun sedangkan dibentang pada 15 Jun, bila tarikh kuatkuasanya, sepatutnya bermula awal bulan. Mana pernah orang buat pelan pemulihan ‘back dated’,” katanya.

Sidang Parlimen Kenapa Perlu Tunggu September


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kerajaan ketepikan amaran KKM, bawa kepada krisis – Najib

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker