Kenyataan Media Presiden UMNO, Menjunjung Titah Tuanku!

Kenyataan Media Presiden UMNO, Menjunjung Titah Tuanku!

Kenyataan Media Presiden UMNO, Menjunjung Titah Tuanku!

1. UMNO menjunjung kasih dan menyokong penuh titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

2. Ini jelas menzahirkan kebijaksanaan dan keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu terhadap segala keresahan dan kegelisahan rakyat terhadap pelbagai krisis yang sedang melanda negara ketika ini.

3. Saya amat menghargai kecaknaan Seri Paduka Baginda yang mengambil kira segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi mengadap pada 11 Jun lalu.

4. Dalam sesi mengadap tersebut, saya turut menjelaskan bahawa Parlimen harus dibenarkan berperanan sebagai platform rasmi menyuarakan pelbagai suara hati rakyat yang sedang dalam kesempitan seperti tuntutan Moratorium automatik secara pukal, kawalan harga barang, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai bantuan khas kepada rakyat sekaligus memulihkan semula ekonomi negara.

Majlis Raja-Raja berkata tiada keperluan lanjut darurat

5. UMNO juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021 kerana kemudaratannya lebih besar kepada negara, sedangkan tanpa Darurat Kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan pandemik Covid-19.

6. UMNO juga mendokong dan memandang serius saranan Seri Paduka Baginda akan keperluan mewujudkan sebuah Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

7. Sekali lagi UMNO ingin merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih tidak terhingga kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang sentiasa menjadi sandaran dan payung tempat rakyat berteduh di saat-saat rakyat amat susah dan gelisah memikirkan tentang kelangsungan hidup mereka.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
16 Jun 2021

Kenyataan Media Presiden UMNO Menjunjung Titah Tuanku!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker