Cikgu buat pusingan U selepas membeli sate menyebabkan kematian remaja

Gambar Hiasan

Seorang remaja maut selepas motosikalnya melanggar sebuah kereta membuat pusingan U di KM19 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Seberang Marang, Terengganu.

Dalam kemalangan 9.13 malam itu, mangsa berusia 20 tahun berasal dari Kampung Batu Putih di Marang, menunggang Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu untuk makan malam di pantai peranginan Kelulut.

Ketua Polis Marang, Mohd Zain Mat Dris, berkata siasatan awal mendapati pemandu Proton Saga berusia 52 tahun itu dalam perjalanan dari arah sama, pada mulanya dikatakan berhenti di sebuah kedai menjual sate di kiri jalan.

Beliau berkata, guru dari sebuah sekolah di Kulim, Kedah itu kemudian membuat pusingan U untuk ke rumah mentuanya di Kampung Rusila selepas membeli sate.



“Pada masa sama, mangsa dikatakan gagal mengelak kereta itu sebelum melanggar bahagian tepi kanan kenderaan terbabit,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, Wan Shahril Izwan Wan Mohd Kamalrubahrum meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah kira-kira 10.30 malam tadi akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, pemandu dan dua penumpang Proton Saga itu tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker