PN tidak kecam kenyataan perkauman Mahathir

Menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi PN minggu ini, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata dia akan mendesak gabungan itu untuk mengecam Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bernada perkauman yang dikeluarkannya terhadap masyarakat India di Malaysia.

Bagaimanapun sama ada perkara itu dibangkitkan atau tidak, atau ada sebarang keputusan dibuat, tidak jelas.

Dalam kenyataan berkenaan mesyuarat itu malam tadi, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin tidak menyebut jika perkara itu ada dibincangkan.



Sebaliknya Hamzah berkata mesyuarat itu membincangkan masalah kos sara hidup.

“Majlis Tertinggi membincangkan situasi terkini beban sara hidup yang semakin mendesak, termasuklah isu kenaikan tarif air dan sebulat suara mendesak kerajaan persekutuan supaya memberi keutamaan kepada isu ekonomi dengan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, mesyuarat turut membincangkan rancangan untuk menganjurkan konvensyen wakil rakyat PN serta pemukiman untuk mengukuhkan lagi gabungan itu dalam masa terdekat.

Selain itu, dia berkata Majlis Tertinggi PN juga setuju untuk melantik Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai ketua Pemuda PN yang baru.



Lau turut hadir dalam mesyuarat semalam.

Pada minggu lalu, Dr Mahathir mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara kerana masih “terikat” dengan negara asal mereka, selain menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa utama.

Susulan itu, Lau memberitahu Malaysiakini yang dia akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat PN minggu ini, dan akan mendesak PN untuk mengecam Mahathir, yang merupakan penasihat bagi empat negeri yang ditadbir gabungan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan



Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk



SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker