Hadi tuju kritikan kepada Zahid?

Hadi tuju kritikan kepada Zahid?

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menafikan kritikannya bersabit isu Muafakat Nasional disasarkan terhadap Umno, sebaliknya ditujukan kepada individu tertentu dalam parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menamakan pemimpin Umno yang dimaksudkan, pada sidang media yang disiarkan di Facebook.



“Saya tembak dalam gelap…kalau kena, kenalah siapa dia,” kata Hadi yang sebelum ini dilaporkan dikritik oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Hadi sebelum ini mempersoalkan kengganan pucuk pimpinan Umno untuk menerima masuk Bersatu dalam MN. Antara lain, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai bercanggah dengan piagam gabungan itu.

Tuduhan Hadi itu mengundang respon keras daripada Zahid. “Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah,” kata Zahid minggu lalu.

Pada sidang medianya hari ini, Hadi menafikan kritikannya itu terhadap Umno.



“Saya tidak kata Umno…saya kata ada orang langgar (piagam MN). Majlis Kerja Tertinggi Umno bukan seorang – ramai,” kata Hadi.

Dalam pada itu, Hadi menambah Muafakat Nasional masih boleh diselamatkan, meskipun beliau dilaporkan sudah lama tidak bersemuka dengan Zahid. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Hadi tuju kritikan kepada Zahid?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker