Badan Peguam lulus resolusi ‘hilang percaya’ pada Peguam Negara

 

Badan Peguam Malaysia menerima pakai resolusi hari ini yang mengisytiharkan bahawa ia hilang percaya kepada Peguam Negara (AG) Idrus Harun yang “gagal” mempertahankan badan kehakiman dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ini adalah berhubung serangan terhadap badan kehakiman berikutan sabitan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes SRC International.



Ini khususnya serangan yang ditujukan kepada hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan kesalahan Najib di Mahkamah Tinggi.

“Badan Peguam Malaysia kecewa dengan sikap berdiam diri dan tidak bertindak peguam negara dalam menghadapi serangan tidak wajar dan dakwaan rasuah terhadap hakim Nazlan, dan merupakan pengabaian tugas oleh peguam negara,” kata Badan Peguam Malaysia

Tempoh Idrus memegang jawatannya akan tamat pada September, berikutan lanjutan yang diberikan pada 6 Mac.

Resolusi itu hari ini juga memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberi notis kepada peguam negara untuk membawa prosiding penghinaan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyerang badan kehakiman.



“Jika gagal, Majlis Peguam hendaklah mempertimbangkan dan, jika difikirkan sesuai, memulakan prosiding penghinaan itu atau sebarang prosiding atau tindakan lain sebagai mengesahkan resolusi di atas,” katanya, menurut teks resolusi yang diterbitkan di laman web Badan Peguam Malaysia.

Resolusi itu telah diterima pakai semasa mesyuarat agung luar biasa hari ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker