Subvarian Omicron: 110 negara rekod peningkatan kes dengan pantas, jangan ambil ringan!

SHAH ALAM – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan penularan kes Covid-19 melibatkan Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang dilaporkan merebak dengan pantas.

Menurutnya, lebih 110 negara telah merekodkan peningkatan kes Covid-19 yang didorong oleh kedua-dua subvarian tersebut.

“Selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia sedang mengalami peningkatan kes.



“Jangan ambil ringan situasi ini. Ramai orang di sekeliling kita yang tidak dijangkiti Covid-19 sepanjang dua tahun lalu kini sudah dijangkiti.

“Pakai pelitup muka di tempat tertutup dan kawasan sesak serta amalkan langkah-langkah uji, lapor, maklum, asing dan dapatkan rawatan (TRIIS),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Beliau dalam pada itu turut menyeru orang ramai agar segera mendapatkan suntikan dos penggalak bagi yang belum menerimanya.

“Dapatkan dos penggalak jika belum dan dos penggalak kedua bagi warga emas serta golongan berisiko tinggi,” katanya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker