Anak 2 tahun ‘rendam’ Macbook, niat bantu ‘bersihkan’ komputer riba bapa

Duomi yang naif merendam komputer riba bapanya dalam baldi dan menyentalnya dengan sabun kerana mahu membersihkan kotoran pada gajet itu. – Weibo

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di  wilayah Shandong, China menjadi popular apabila video memaparkan dia ‘mencuci’ komputer riba jenama Apple Macbook tular di media sosial, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Kanak-kanak bernama Duomi itu berniat membantu bapanya apabila terdengar rungutan semasa menikmati sarapan pagi bahawa komputer riba itu memiliki banyak ‘kotoran’.

Menurut ibunya yang merakam kejadian tersebut, dia menyedari perbuatan Duomi apabila kanak-kanak itu tiada di bilik untuk tidur petang.

“Apabila saya membuka pintu tandas, jantung saya hampir berhenti melihat dia merendam Macbook di dalam baldi yang dipenuhi air sambil memicit sabun dan menyental permukaan gajet itu.



“Duomi memberitahu dia mahu membersihkan Macbook itu kerana bapanya memberitahu terdapat banyak kotoran di dalamnya,”jelas ibunya.

Tambah wanita itu, pada mulanya dia mahu memarahi Duomi namun membatalkan niat tersebut kerana sedar anak bongsunya itu tidak tahu apa yang dilakukannya salah serta memiliki tujuan murni meskipun caranya salah.

“Suami saya membeli Macbook itu tiga tahun lepas dengan harga AS$1,200 (RM5,665).

“Ia masih tidak boleh digunakan selepas beberapa hari dibiarkan kering,” ujarnya.



Video tersebut telah berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 100 juta kali di platform Weibo. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker