BN mampu bentuk kerajaan dengan sokongan GRS, GPS

#PRU15

BN mampu bentuk kerajaan dengan sokongan GRS, GPS

Meskipun ada sesetengah pihak menjangkakan tidak akan ada parti dominan mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya kali ini, namun Dr Jeniri Amir melihat Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding yang lain.

Menurutnya, kelebihan ada pada Barisan Nasional (BN) kerana gabungan parti daripada Sabah dan Sarawak iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat cenderung menyokong komponen itu.



“Mana-mana parti gabungan yang bertanding perlu mendapat dukungan parti daripada Sabah dan Sarawak yang akan bertindak sebagai ‘king maker’.

“Saya melihat, BN punyai kelebihan kerana kedua-dua gabungan di dua negeri ini menyokong BN berbanding Pakatan Harapan (PH) yang didakwa gagal menunaikan janji sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Walau bagaimanapun katanya, mana-mana parti yang bertanding masih mempunyai masa lebih kurang lima hari untuk berusaha meraih sokongan khususnya kumpulan pengundi atas pagar.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) itu menambah, jentera parti perlu digembeleng sehabis baik untuk meyakinkan kumpulan ini menerusi pelbagai platform sama ada di media sosial atau secara bersemuka.



Selain itu tambah beliau, cara parti menangkis dan menjawab isu semasa dengan berkesan turut menjadi faktor kepada sokongan pengundi pada waktu-waktu terakhir berkempen.

Keupayaan dan kemampuan ini menuntut pemikir dan strategis menggunakan pelbagai pendekatan masa ada secara semuka atau media sosial, walaupun sentuhan peribadi itu lebih berkesan terhadap bertindak balas isu yang dibangkitkan oleh pihak lawan. MG

BN mampu bentuk kerajaan dengan sokongan GRS, GPS


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)



Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker