PH yang mansuhkan bantuan kepada veteran – Najib

PH yang mansuhkan bantuan kepada veteran – Najib

Najib Razak menyeru kerajaan dan menteri kewangan supaya menjaga kepentingan veteran tentera dengan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telahpun berbuat demikian sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Ia susulan tindakan bekas timbalan setiausaha agung DAP, Nga Kor Ming memuat naikkan gambar ratusan orang berkumpul di Tugu Negara yang menyaksikan perhimpunan aman itu diadakan untuk menuntut skim pencen bekas tentera.



Kumpulan veteran itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan dengan mendakwa ia tidak menjaga kebajikan tentera yang sudah bersara, tidak berpencen mahupun yang diberhentikan kerja.

Nga berkata, kerajaan perlu berhenti membazirkan wang dan sebaliknya menawarkan bantuan kepada bekas tentera tersebut.

Naji bagaimanapun, mengingatkan Nga bahawa Bantuan Bakti Negara (BBN) yang diberikan kepada veteran dimansuhkan semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan negara “sudah bankrap”.

“Kenapa pula tidak naikkan pencen dan kebajikan veteran tentera semasa PH memerintah?” katanya di Facebook.



Beliau juga berkata, dividen tahunan daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) turut menyusut nilai selepas PRU14 berbanding ketika beliau menjadi perdana menteri.

Sebaliknya beliau mengemukakan lima insentif yang dilaksanakannya bagi veteran angkatan tentera, termasuklah skim bantuan seperti BBN dan Skim Anuiti Veteran (SAVe).

Najib mendakwa veteran hanya mendengar mengenai kenaikan skim pencen pada zaman PH sedangkan mereka sebenarnya tidak melihat peningkatan kadarnya. FMT

PH yang mansuhkan bantuan kepada veteran – Najib




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘119 Tak Dapat Sekarang, Boleh Cuba Tekan Butang’ – Najib



Elaun Pengerusi GLC RM1 juta sebulan, saya fikir melampau

Netizen Tegur Sarah Hildebrand Selamba Belanja Foto Pakai Coli Dengan Boxer Di IG



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker