Bulan mini kelilingi asteroid

CAPE CANAVERAL, FLORIDA – Sebuah asteroid kecil ditemui oleh kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Rabu lalu mempunyai sebuah bulan mini.

Laman berita Huffpost melaporkan, bulan itu ditemui selepas kapal angkasa Lucy menghampiri  asteroid Dinkinesh dalam perjalanan sejauh 480 juta kilometer menuju Lingkaran Asteroid berdekatan Planet  Marikh.

Lucy merakam gambar penemuan tersebut selepas menyempurnakan perjalanan sejauh 435 juta kilometer.



Berdasarkan data dan imej yang dipancarkan kembali ke Bumi, kapal angkasa itu mengesahkan bahawa asteroid Dinkinesh berukuran hampir 790 meter. Saiz Bulan yang mengelilinginya pula cuma 220 meter.

NASA menghantar kapal angkasa Lucy menghampiri asteroid Dinkinesh sebagai latihan sebelum meneroka asteroid-asteroid lebih besar dan lebih misteri berhampiran Planet Musytari.

Dilancarkan pada 2021, kapal angkasa itu akan mencapai kedudukan asteroid-asteroid dinamakan gugusan Trojan itu pada 2027 dan menerokainya selama sekurang-kurangnya enam tahun.

Bilangan asal gugusan tersebut adalah sebanyak tujuh asteroid, namun meningkat kepada 11. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi



Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis



Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker